googlee1ba404c69acd72d.html AMALAN AMPUH DAN DOA-DOA: FADILAH SURAH AL FATIHAH
PPC Iklan Blogger Indonesia

FADILAH SURAH AL FATIHAH

Saturday, May 18, 2013



FADILAH SURAH AL FATIHAH

1. Dibaca 41 kali dibarengi dengan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas sebelum tidur insya Allah akan dijaga dari sekalian bahaya kecuali mati.
2. Dibaca 41 kali setelah qabliah subuh (sebelum fardhu Subuh) akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala:
a. Cepat naik pangkat
b. Dilapangkan rezekinya
c. Dimudahkan membayar hutang
d. Disembuhkan dari penyakit
e. Orang yang lemah akan dikuatkan oleh Allah serta digalati, disegani dan dihormati
f. Disayangi semua makhluk
g. Perkataannya didengar orang
h. Selamat dari malapetaka
3. Diamalkan 7 kali selepas solat fardhu akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala:
a. kehidupannya diberkahi
b. Dihilangkan kesusahan di dunia dan akhirat.
4. Diamalkan 20 kali selepas solat fardhu tanpa berkata-kata akan diluaskan rezeki dan dikurniakan rezeki tanpa diduganya.
5. Jika dibaca 40 kali di air maka air itu akan menjadi obat dari segala penyakit kecuali mati.
6. Ditulis dan dilebur dengan air dengan izin Allah akan hilang segala kerisauan, kesusahan dan ketidaktenangan hati dan jiwa.
7. Jika dibaca 121 kali oleh orang yang diikat / dipasung dengan khusyuk dan penuh keyakinan dan ditiup sebanyak 10 kali pada ikatan itu dengan izin Allah akan terlepas.
8. Jika ditulis kalimah pada kenderaan dan rumah akan terhindar dari perkara yang tidak baik termasuk kecurian.
9. Dibaca مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ pada sebiji batu atau apa sahaja melainkan najis kemudian diletakkan pada kenderaan, insya Allah kenderaan tersebut tidak akan diganggu, dikacau atau dicuri dengan syarat selepas meletakkan batu tadi pada kenderaan tidak boleh menoleh lagi pada kenderaan tersebut (kita serahkan bulat-bulat penjagaannya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala).
10. Dibaca وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ tiga kali senafas ditiup pada binatang garang atau orang zalim dengan izin Allah tidak akan dapat memudharatkan kita.

Itulah fadilah surah al Fatihah,semoga ada manfaatnya,

0 comments

Followers