Assalamu alaikum wr wb,,,,.
Segala Puji syukur bagi Allah S.W.T. dengan puji-pujian kesempurnaan, dan sesungguhnya Dia lah yang Maha Sempurna dan Dialah yang Memuji DiriNya Sendiri...solawat dan salam semoga tercurah kepada junjungan nabi agung muhammad SAW,yang kita nanti-nantikan safangat nya nanti diyaumul kiamah,amin,penutup semua nabi dan satu-satunya insan khamil yang pantas menjadi panutan untuk meniti kehidupan ini.
Segala Puji syukur bagi Allah S.W.T. dengan puji-pujian kesempurnaan, dan sesungguhnya Dia lah yang Maha Sempurna dan Dialah yang Memuji DiriNya Sendiri...solawat dan salam semoga tercurah kepada junjungan nabi agung muhammad SAW,yang kita nanti-nantikan safangat nya nanti diyaumul kiamah,amin,penutup semua nabi dan satu-satunya insan khamil yang pantas menjadi panutan untuk meniti kehidupan ini.
pada kesempatan kali ini saya akan membahas tentang Ilmu Lam Jalalah... itupun, apa yang saya bahas ini hanyalah sekadar untuk kita memahami apa itu Ilmu Lam
Jalalah secara ringkas..semoga dapat memberi manfaat pada "jauhari yang mengenal
manikam".. :-)
Ramai diantara kita yang teruja dengan ilmu
lam jalalah ini, mengapa? Kerana ianya di war-warkan sebagai ilmu
hikmah yang sangat hebat, dan dikatakan kelebihan amalan lam jalalah ini
adalah sebagai pagar diri yang ampuh dari dengki khianat manusia dan
jin, benteng ampuh untuk mengelak dari perbuatan sihir, boleh digunakan
untuk halimunan, dan ada juga yang mengamalkan nya untuk pelaris diri
mahupun perniagaan. Walaubagaimanapun, mengikut pendapat "orang-orang
lama" yang berilmu, khasiat amalan lam jalalah inadalah bergantung
kepada niat si pengamalnya
Ada diantara pengamal ilmu
kebatinan menggunakan amalan lam jalalah ini sebagai senjata untuk
memusnahkan musuh samada dari jarak dekat ataupun dari jarak jauh.
Adakah amalan ilmu lam jalalah ini lebih hebat berbanding amalan-amalan
kebatinan yang lain seperti "senjata faqir" atau amalan "kipas nandung"
dan lain-lain...? Pada pandangan saya ianya bergantung kepada pemahaman
tentang apakah sebenarnya ilmu lam jalalah ini..
Untuk
makluman para pembaca, amalan ilmu lam jalalah ini ada banyak versi,
yang berlainan bacaannya dan berlainan ritualnya... Apakah yang hebat
sangat tentang amalan lam jalalah ini..?Secara ringkasnya Lam Jalalah
itu boleh kita katakan ianya berbentuk huruf Lam Alif. Jadi... adakah
ianya semata-mata huruf...? Apa ada pada huruf...? Jangan kita lupa
dengan huruf lah terbentuknya asma' (nama) dan dengan asma' lah
terzahirnya qalam..
Apa yang perlu kita fahami bahwa setiap huruf
ada "energy" berbeza. Contohnya bacaan ayat-ayat Muqatta'aat seperti
Alif Laam Miim, Kaaf Haa Ya 'Ain Sood, Ha Miim, 'Ain Siin Qoof dan
lain-lain. Bacaan yang mengikut harkat tertentu, panjang dan pendek
satu-satu huruf juga mempunyai rahsia-rahsia dan kekuatan yang
tersendiri pada setiap huruf-huruf tersebut.
Bacaan ini
mempunyai kekuatan dan "energy" nya yang tersendiri, sehinggakan apabila
kita meruqyah pesakit dengan hanya membaca ayat-ayat muqatta'aat itu
pun sudah cukup untuk menggegarkan jin gangguan didalam tubuh badan
pesakit... Tapi jangan pula kita baca ruqyah nak shortcut sangat...
bacalah ikut peraturan... :-)
Berbalik kepada kisah Ilmu
Lam Jalalah tadi, walaupun amalan tersebut ada pelbagai versi yang
berbeza dari segi amalan dan ritualnya, paling penting yang perlu kita
faham, bahawa ilmu Lam Jalalah ini sebenarnya ada kaitan dengan rahsia
insan, rahsia asal kejadian insan sejak dari sebelum alam benih lagi,
ada kaitan dengan rahsia huruf-huruf hija'iyyah, ada kaitan dengan
"energy" alam semesta, ada kaitan dengan rahsia Bismillah, dan
macam-macam lagi...
Walaupun pada kebiasaannya amalan Lam
Jalalah ini diamalkan untuk mengunci atau membenteng diri, perlu
diketahui , Lam Jalalah ini ada "buka" dan "tutup"nya... oleh itu.. pada
sesiapa yang mengetahui, maka ilmu kunci lam jalalah ini boleh dibuka.
Boleh
dikatakan sebenarnya lambang Lam Jalalah ini memenuhi pada tubuh insan.
Dan kesimpulannya Lam Jalalah ini ada pada diri tiap-tiap insan yang
mengenal dirinya...
"Wa fi anfusikum afala tubsiruun" - Dan pada diri kamu, tidakkah kamu perhatikan... (adz-dzariyyat : 21)
Kerana
itulah mereka-mereka yang 'arif billah mengatakan "Barangsiapa yang
mengenal dirinya maka kenal lah dia akan Tuhannya"... Tuhan yang
mana....? pilihan ditangan kita, samada hendak bertuhankan hawa nafsu,
atau nak bertuhankan Allah swt...
Dan barangsiapa yang
mengenal diri maka binasa lah ia... Mengapa binasa? Kerana dia akan
mendapati sesungguhnya "La haula wala quwwata illa billah" "Tiada daya
dan upaya melainkan dengan hanya izin Allah", Makhluk tidak memberi
bekas... tidak memberi mudharat... tidak memberi manfaat... tidak
memberi kesan.. tetapi semuanya semata-mata adalah dari Allah swt...
Cukuplah sampai disini dulu
wassalamu alikum wr wb,
1 comment
Assalammu... Mohon bibingan and doanya agar bisa mengamalkan amalan lam jalalah.
September 29, 2018 at 6:29 AMPost a Comment