googlee1ba404c69acd72d.html AMALAN AMPUH DAN DOA-DOA: Amalan lam jalalah untuk membentengi dari gangguan jin dan syetan.
PPC Iklan Blogger Indonesia

Amalan lam jalalah untuk membentengi dari gangguan jin dan syetan.

Sunday, May 12, 2013


Assalamu alaikum wr wb,,,,.
 Segala Puji syukur bagi Allah S.W.T. dengan puji-pujian kesempurnaan, dan sesungguhnya Dia lah yang Maha Sempurna dan Dialah yang Memuji DiriNya Sendiri...solawat dan salam semoga tercurah kepada junjungan nabi agung muhammad SAW,yang kita nanti-nantikan safangat nya nanti diyaumul kiamah,amin,penutup semua nabi dan  satu-satunya insan khamil yang pantas menjadi panutan untuk meniti kehidupan ini.

pada kesempatan kali ini saya akan membahas tentang Ilmu Lam Jalalah... itupun, apa yang saya bahas ini hanyalah sekadar untuk kita memahami apa itu Ilmu Lam Jalalah secara ringkas..semoga dapat memberi manfaat pada "jauhari yang mengenal manikam".. :-)


Ramai diantara kita yang teruja dengan ilmu lam jalalah ini, mengapa? Kerana ianya di war-warkan sebagai ilmu hikmah yang sangat hebat, dan dikatakan kelebihan amalan lam jalalah ini adalah sebagai pagar diri yang ampuh dari dengki khianat manusia dan jin, benteng ampuh untuk mengelak dari perbuatan sihir, boleh digunakan untuk halimunan, dan ada juga yang mengamalkan nya untuk pelaris diri mahupun perniagaan. Walaubagaimanapun, mengikut pendapat "orang-orang lama" yang berilmu, khasiat amalan lam jalalah inadalah bergantung kepada niat si pengamalnya

Ada diantara pengamal ilmu kebatinan menggunakan amalan lam jalalah ini sebagai senjata untuk memusnahkan musuh samada dari jarak dekat ataupun dari jarak jauh. Adakah amalan ilmu lam jalalah ini lebih hebat berbanding amalan-amalan kebatinan yang lain seperti "senjata faqir" atau amalan "kipas nandung" dan lain-lain...? Pada pandangan saya ianya bergantung kepada pemahaman tentang apakah sebenarnya ilmu lam jalalah ini..


Untuk makluman para pembaca, amalan ilmu lam jalalah ini ada banyak versi, yang berlainan bacaannya dan berlainan ritualnya... Apakah yang hebat sangat tentang amalan lam jalalah ini..?Secara ringkasnya Lam Jalalah itu boleh kita katakan ianya berbentuk huruf Lam Alif. Jadi... adakah ianya semata-mata huruf...? Apa ada pada huruf...? Jangan kita lupa dengan huruf lah terbentuknya asma' (nama) dan dengan asma' lah terzahirnya qalam..

Apa yang perlu kita fahami bahwa setiap huruf ada "energy" berbeza. Contohnya bacaan ayat-ayat Muqatta'aat seperti Alif Laam Miim, Kaaf Haa Ya 'Ain Sood, Ha Miim, 'Ain Siin Qoof dan lain-lain. Bacaan yang mengikut harkat tertentu, panjang dan pendek satu-satu huruf juga mempunyai rahsia-rahsia dan kekuatan yang tersendiri pada setiap huruf-huruf tersebut.


Bacaan ini mempunyai kekuatan dan "energy" nya yang tersendiri, sehinggakan apabila kita meruqyah pesakit dengan hanya membaca ayat-ayat muqatta'aat itu pun sudah cukup untuk menggegarkan jin gangguan didalam tubuh badan pesakit... Tapi jangan pula kita baca ruqyah nak shortcut sangat... bacalah ikut peraturan... :-)

Berbalik kepada kisah Ilmu Lam Jalalah tadi, walaupun amalan tersebut ada pelbagai versi yang berbeza dari segi amalan dan ritualnya, paling penting yang perlu kita faham, bahawa ilmu Lam Jalalah ini sebenarnya ada kaitan dengan rahsia insan, rahsia asal kejadian insan sejak dari sebelum alam benih lagi, ada kaitan dengan rahsia huruf-huruf hija'iyyah, ada kaitan dengan "energy" alam semesta, ada kaitan dengan rahsia Bismillah, dan macam-macam lagi...

Walaupun pada kebiasaannya amalan Lam Jalalah ini diamalkan untuk mengunci atau membenteng diri, perlu diketahui , Lam Jalalah ini ada "buka" dan "tutup"nya... oleh itu.. pada sesiapa yang mengetahui, maka ilmu kunci lam jalalah ini boleh dibuka.

Boleh dikatakan sebenarnya lambang Lam Jalalah ini memenuhi pada tubuh insan. Dan kesimpulannya Lam Jalalah ini ada pada diri tiap-tiap insan yang mengenal dirinya...

"Wa fi anfusikum afala tubsiruun" - Dan pada diri kamu, tidakkah kamu perhatikan... (adz-dzariyyat : 21)

Kerana itulah mereka-mereka yang 'arif billah mengatakan "Barangsiapa yang mengenal dirinya maka kenal lah dia akan Tuhannya"... Tuhan yang mana....? pilihan ditangan kita, samada hendak bertuhankan hawa nafsu, atau nak bertuhankan Allah swt...

Dan barangsiapa yang mengenal diri maka binasa lah ia... Mengapa binasa? Kerana dia akan mendapati sesungguhnya "La haula wala quwwata illa billah" "Tiada daya dan upaya melainkan dengan hanya izin Allah", Makhluk tidak memberi bekas... tidak memberi mudharat... tidak memberi manfaat... tidak memberi kesan.. tetapi semuanya semata-mata adalah dari Allah swt...

Cukuplah sampai disini dulu
wassalamu alikum wr wb,

1 comment

Unknown said...

Assalammu... Mohon bibingan and doanya agar bisa mengamalkan amalan lam jalalah.

September 29, 2018 at 6:29 AM

Followers